Tidak cuba, tidak mencuba, takut mencuba, takut gagal, ada untung ke? …semua ini antara persoalan biasa dalam perniagaan…
Setiap sesuatu itu mesti dicuba dahulu baru tahu hasilnya, sebab jika teori semata-mata tanpa praktikal, maka belum lengkap segalanya.
Berbalik kepada tajuk diatas, ini tentang pengalaman kami gabungan Geng RC semasa membuat pameran sulong di Expo Perkahwinan bulan lalu.
Anda bayangkan teori kami sebelum buat pameran last minute ini, semangat memang berkobar-kobar, angan-angan dalam kotak fikiran masing-masing jualan mesti banyak. Namun…meh saya kongsi sedikit pengalaman…
Hari Pertama – Satu sahaja ‘sale’ atau jualan.
Dengan tak cukup tidur disebabkan pasang booth sehingga jam 5 pagi, pukul 10 mula menjual, cerita ringkasnya, hari pertama agak kelam kabut sedikit, sebab banyak yang tak lengkap, namun hasilnya sepanjang 12 jam menjual, kami cuma berjaya menjual produk kami kepada 1 orang sahaja. Berbanding dengan mamat jual muffin di gerai sebelah, sudah mencapai 20 jualan katanya…huhu…tak balik modal lagi…tetapi kami tetap ceria !
Hari ke-2 – Dua(2) ‘Sale’ sahaja terus kalah dengan mamat muffin
Hari kedua menjelma, kali ini kami telah lengkap dengan uniform seragam(t-shirt cetak sendiri). Nampak ada style. kacak & bergaya. rehat juga cukup, . Malangnya hari ini juga hanya mencatatkan 2 jualan sahaja sepanjang 12 jam berniaga . Kami mula menganalisa apa masalahnya…
Setelah berbincang kami dapati rupanya keadaan susunatur barang yang dipamerkan di gerai tidak betul(feng shui salah)…kekeke…nak tukar tunggu tutup gerai sebelum balik malam itu kami susun semula kedudukan kami untuk hari terakhir esok…huu…
Kalah lagi dengan mamat cupcake tu…dengar dia dh 30 jualan..perh ! takda untung lo….:)
Hari Terakhir – Idea Kamikaze (Teknik jadi popular)
Ini hari cukup penting! semalaman tak boleh tidur, (Dengan menjaga anak-anak yang kebetulan demam), Saya terfikir kena ada sesuatu yang meriah!. Kebetulan hari ini pelukis hebat kami iaitu saudara Jonos akan memberi sokongan untuk membuat live melukis di pentas. Yang paling tak disangka beliau telah menjemput/ mengajak penyajak terkenal tanah air untuk sama-sama memberi sokongan padu kepada kami iaitu sahabat Abang Pyan Habib.
Pagi subuh yang hening itulah baru saya terfikir untuk membuat “lucky Draw” cabutan bertuah khas untuk pasangan yang mahu berkahwin . Arahan untuk sediakan kotak dan kertas data di berikan. Bermulalah sesi mengumpul nama dari pagi sehingga petang.Cabutan bertuah itu menjanjikan Tajaan hadiah produk popular kami iaitu Tetris Glass, bernilai RM 500.00.
Cabutan dijalankan pada sebelah petang. Lama rasanya saya tak pegang mike, seingat saya last masa bersajak dan menjadi tukang buat pengumuman dan baca doa di sekolah menengah( Siaraya).
Hasilnya 6 pasangan bertuah yang dapat kami taja .
Selepas itu nak jadikan cerita nama pun hari akhir dengan promosi serta susunatur peragaan yang betul , satu -satu jualan berjaya di buat. Hasilnya..booooooommmmm!!!!! . Kami berjaya mendapat modal balik semula dengan keuntungan kira-kira 4 kali ganda. Syukur Alhamdulillah.
Dan kami nak beritahu hasil dari keuntungan itu kami telah bertekad akan ke pameran ke-2 iaitu Karnival Pengantin 2011 di PICC Putrajaya pada bulan mei ini.
Jadi kami akan bersiap sedia dengan kelainan yang lebih lain dari biasa…huhu
Terima kasih Geng RC Kugeeku, Akamika dan d3r Studio dan kepada semua yang terlibat, geng phothographer, dan pelukis hensem Saudara Jonos serta Abang penyajak Pyan Habib.
Inilah harapan kami dan objektif kerja berpasukan yang kami cuba tonjolkan didalam menyaingi pasaran yang semakin berkembang pesat !.
Alhamdulillah, Geng RC buat pertama kalinya akan bergabung dibawah satu jenama iaitu ‘ Rahsia Cetak’ , dimana fungsinya seperti berikut.
Berkongsi Modal untuk menyertai pameran -pameran yang diadakan berkaitan dengan niche ‘cenderahati perkahwinan’.
Target Sale tahunan yang lebih besar
Bertanggungjawab sebagai perintis industri percetakan IKS bangsa dimasa hadapan.
Dapat mengagih-agihkan keuntungan secara bersama.
Sistem Back-up akan terlaksana.
apabila tempahan semakin besar, maka secara tidak langsung akan dapat bergabung modal dan masa untuk mendapatkan bahan mentah secara pukal dan lebih murah secara terus.
Bagi edisi kali ini , hanya 3 ‘Geng RC’ yang berkesempatan terlibat iaitu
Dr Arif dari Geng 3R Studio
En Afdhal dari Geng Akamika
En Nadzri dari Geng Kugeeku
Kami di rahsiacetak amat mengalu-alukan penyertaan semua Geng dimasa hadapan demi mewujudkan pasaran yang semakin menarik.
Jumpa di Pameran Sulong Rahsia Cetak di Expo Kahwin KL ;
“Entah kenapa tetiba hati ini ingin pergi menonton filem genge seram pertama arahan Syamsul Yusof bertajuk Khurafat -perjanjian Syaitan yang sebelum ini dinobatkan sebagai pengarah terbaik Festival Filem Malaysia ke 23″
Ada satu kuasa yang memanggil untuk bakal penonton pergi menonton, dan saya cuba merumuskan antara rahsia yang membuatkan filem ini diminati dan menjadi. (Saya sebelum ini susah untuk percaya filem Melayu keluaran negara boleh menakutkan penonton, tergelak adalah..hehe )
Saya cuba rumuskan dengan ayat yang mudah difahami, dan berkaitan dengan perniagaan lain yang kita jalankan mesti menggunakan rahsia ini.
“MENIRU” -- Syamsul Yusof(Pengarah) berjaya ‘meniru’ ilmu filem seram hasil keluaran negara luar, beliau memang teliti dalam mencedok resepi filem luar spt JuOn(betul ke ejaannye ni :p) . -- Saya masih ingat dulu masa zaman couple2 tgk filem JuOn ni…memang seram…antara watak hantu yang tak boleh lupa sampai sekarang ialah hantu merangkak..huhu…seram.. - RAHSIA Bisnesnya- Tambahkan ilmu berkaitan perniagaan apa yang anda ingin lakukan, cuba “Tiru” mereka yang telah berjaya melakukannya, dan “Tambah Nilai” kepada sesuatu hasil “Tiru” yang boleh menjadikan setanding. Kita tidak semestinya mencipta kalau tidak mampu, tetapi perlu ada Inovatif & Kreatif. “Tiru”tokoh-tokoh yang dah berjaya.
“PROMOSI PERCUMA” - Syamsul Yusof telah cuba 100% untuk menghasilkan produk yang semaksimum bagus dan mewujudkan elemen “Suprise” dan membuatkan sesuatu di luar jangkaan fikiran penonton, dimana penonton tidak dapat baca keseluruhan jalan cerita. RAHSIA Bisnes - Dengan cara ini penonton/pelanggan akan dengan percumanya memberitahu(Promosi Mulut ke Mulut) berkaitan produk bagus tersebut. Ya! jelas di sini produk mesti bagus dahulu barulah promosi percuma akan datang. Anda bandingkan dengan filem 2 Alam Dr Rozmie yang menggunakan teknik “Promosi BOOM, Produk Hampeh”, jadi modal yang dikeluarkan menjadi terlalu tinggi. Jesteru itu, cuba peniaga fokus kepada produk & kualiti yang terbaik dahulu, kerana itu yang akan memastikan jatuh bangun perniagaan kita.
“TIDAK PUTUS SEMANGAT” - Masa Syamsul Yusof di nobatkan sebagai Pengarah Terbaik, dengarnya ramai juga yang tak puashati…hehe(termasuk saya kot…sebab awalnya saya lihat “Budak Mentah” ini macam giler Glamour je…semua nak jadi hero malaya…tetapi bila fikir balik dia pengarah, dia punya sukalah…hehe- masa zaman P.Ramlee dulu pun samakan? ) . Ternyata cakap -cakap dengki mereka yang mengatakan tidak layak bakal terhenti dengan satu karya produk yang Boom !. Memang kental semangat budak mentah ini. RAHSIA bisnes - Lakukanlah apa sahaja perniagaan dengan cekal, kerana lumrah perniagaan ada turun naiknya. Hati kena ‘Kering’. Teruskan mencuba hingga berjaya.
Niat tersirat : Sebab menulis artikel ini ialah kerana Filem Khurafat antara 10 carian popular di Google minggu ini. Harap ada ‘Trafik Free’ sedang membaca artikel /tip rahsia ini. Sila komen dan kalau rasa ianya berbaloi untuk dikongsikan, bolehlah kongsikan tetapi dilarang ubah-ubah bahasa rojak saya ni k…:)
——--> Klik sahaja butang di bawah ayat ini(Bookmark Artikel & kongsi:) untuk kongsi di FB , Twitter dll.
Alhamdulillah jika kita perhatikan perniagaan yang Boom! musim raya ini ialah pakaian dan kuih-muih. Anda tentu maklum itu.Pada pemerhatian saya kebiasaannya perniagaan seperti ini memang berbaloi-baloi dan berniaga hanya 1 bulan untuk cover 1 tahun!…lumayan tetapi mempunyai risiko yang agak besar juga. Saya kategorikan ia sebagai perniagaan bermusim.
Masa ini juga kita lihat peniaga-peniaga yang baru belajar nak berniaga menjual di Bazar ramadhan..seronok bukan… tetapi bak kata pepatah untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Yang sedap akan masyuk..dan yang tak mendapat sambutan akan give-up awal.
Jika anda mahu berniaga sekadar suka-suka, saya sarankan tidak perlu untuk ambil risiko dengan perniagaan bermusim ini !. Ianya hanya sementara jualannya.
Saya sarankan anda mencari satu modul bisnes yang Boom! tetapi sentiasa berterusan permintaannya…Percetakkan Produk adalah salah satu cara bisnes sebenar.
Saya bercerita berdasarkan pengalaman , saya juga pernah dulu berniaga di Bazar Ramadhan secara part time…hehe “Buat Roti John dengan masih pakai kameja smart” cuma sarung apron je..saya terus menjual roti john…keuntungan kasar saya dalam satu bulan tu sebab saya cuba-cuba hanya sekitar RM 1200.00 sahaja. Itu pun saya cipta resipi sendiri dan terbaru masa itu ( Tahun 2002) “Roti John Sos + Blackpaper”. Sekarang melambak-lambak dah resipi seperti saya tu…Tolak bahagi campur kali dengan rakan(4 orang) yang sekali berniaga saya dapatlah RM 300.00 seorang untuk balik raya. Alhamdulillah pada masa itu cukup sahaja sebab saya pun bujang lagi + bekerja makan gaji .
Saya juga biasa terjebak dengan MLM dan lain-lain..Itu semua pengalaman untuk mencari perniagaan sebenar.
SEHINGGAKAN pada satu hari saya terfikir satu ilham iaitu “Kalau nak maintain dalam sesuatu perniagaan, kita kena tahu TEKNOLOGI “
Dari peristiwa itu saya mula mencari-cari apakah perkara yang saya paling minat dalam hidup ini..ia saya pun mula tahu buat grafik , itu pun atas kerja keras saya belajar secara “Try n Error” & bertanya kepada yang tahu teknologi sepanjang kerjaya saya sebagai Designer Arkitek di sebuah Firma arkitek.
Akhirnya saya bertemu..dan inilah hasilnya sekarang..dari MINAT, kita akan MENCARI ILMU, barulah kita KUASAI TEKNOLOGINYA, barulah PERNIAGAAN SEBENAR BERMULA!
Itulah cerita lama saya kongsikan pada anda…
Ok lah jika anda masih ada minat yang amat mendalam dalam bisnes percetakkan ini, saya sarankan anda carilah ilmunya…kerana ilmunya itu amat-amat banyak..medium yang paling bagus ialah mengkaji di buku-buku atau di sumber terbuka seperti internet ini.. Insyallah ia akan mengambil masa yang amat-amat lama (saya dalam 1 tahun lebih kajian). Proses ini kena “Try n Error” dan modal untuk “Dirosakkan” mesti ada sedikit. Jika berjaya itulah kemanisannya.
Namun jika anda mahu jalan “shortcut” bolehlah mendalami ilmu dari yang tahu, kerana pengalaman mereka yang tahu itu akan memudahkan dan teknik cepat untuk berjaya dan mencapai sasaran..biasanya mereka akan bercerita dan mengajar apa yg mereka pernah alami dan mungkin anda sepatut elakkan untuk tidak melakukannya.
Saya juga sehingga ke hari ini masih lagi belajar tentang TEKNOLOGI terkini yang semakin canggih… dan saya tidak mahu ketinggalan..saya mesti menguasainya!..
Untuk melancong ke satu2 tempat dan pertama kalinya anda mesti terpanggil untuk mendapatkan gift dari tempat-tempat yang anda lawati. Contohnya jika anda berada di Melaka tentunya anda ingin T-shirt, keychain dsbnya yang menggambarkan nama melaka tersebut.
Tetapi apa akan jadi sekiranya kita melancong di Desaru dan bila ingin dapatkan gift yang ada tulisan “Desaru” tidak ada…malah yang paling memalukan ialah gift disana produk “Melaka”…emm mungkin jika anda pelancong yang hanya pertama kali mahu menandakan peta pelancongan anda ..tentunya amat2 kecewa …hehe
Inilah antara senario yang ada dalam industri pelancongan kita sekarang..ya Gift yang bersifat setempat amat2 berkurangan! Jadi inilah peluang anda!
Peserta terbaru iaitu En Iqbal( Kurator Muzium ) dan En Ary,En Mamat & En Hafiz(Platinum Negara) menghadirkan diri ke Bengkel RahsiaCetak ini kerana nampak peluang ini di tempat kerja mereka masing2 boleh mendatangkan sesuatu yang bernilai..sebab mereka berada di tempat dimana pelancong selalu bertandang.
Sementara itu Cikgu Ku dari Felda Tenggaroh di Mersing juga mempunyai strateginya untuk menciptakan sesuatu yang berbeza dikawasan pedalaman yang amat2 susah untuk mendapatkan custom gift. Semoga mereka terus bersemangat dan menjadi satu “Geng RC” yang kuat.