Kreativiti adalah Modal Utama.
3rd Nov 2008
Kreativiti adalah Modal Senjata Utama. Bagaimana untuk dapat memulakan bisnes tanpa modal.
Letakkan minda anda dalam kedudukan tenang…kemudian fikirkan kelebihan dan kekurangan anda.
Kreativiti di sini dimaksudkan dengan mengenal pasti kelebihan dan kemampuan diri sendiri, sebenarnya kita boleh mengumpul modal untuk bisnes.
Kisah Si Mamat
“Si Mamat ni nak mula berniaga dengan menawarkan perkhidmatan grafik berkomputer seperti logo, rekaan grafik kulit buku, dsb secara sambilan kerana ingin mengumpul modal. Walaupun tidak dilahirkan pandai melukis , namun dengan menguasai hanya 30% perisian grafik dia boleh menghasilkan artworknya sendiri.Dia juga belum mampu membeli mesin cetak….kesian ialah dia baru hendak mula berniaga….:)
Jadi dari ilmu itu dia telah menawarkan perkhidmatan membuat logo contohnya…konsep perkhidmatannya juga telah di jelaskan kepada setiap pelanggannya iaitu ” beliau hanya menawarkan rekaan logo secara softcopy sahaja! tiada cetakan untuk pelanggannya” servisnya dijalankan hanya di rumah secara sambilan dengan bantuan internet, jadi pelanggannya mencapai seluruh malaysia. Bayangkan setiap rekaannya pula harga dalam lingkungan RM 50/artwork….Dengan keuntungan itu dia jadikan modal untuk mengembangkan perniagaanya….
Analisis mengenai kreatif;
1) Si Mamat kreatif mengambil peluang diatas bakat tidak semulajadinya. Dia hanya menguasai 30% sahaja software yang dia belajar…bukan 100%…kalau tu dh kira expert….
2) Kreatif dalam menetapkan produknya iaitu hanya Softcopy di beri kepada pelanggannya…(sebenarnya dia tak mampu nak beli printer)…tengah kumpul modal…
3) Kreatif dalam menetapkan sasaran wang keuntungannya- bisnes perlukan perancangan dalam pengurusan keewangan secara berkhemah…nanti kita bincang ek ttntg ini…
Kesimpulannya jangan anda dek kerana pikirkan modal yang beribu2 ringgit baru nak mulakan sesuatu bisnes. Sebenarnya “kreativiti datang dahulu sebelum modal di perolehi”… Allah berikan kita akal untuk berfikir…ayuh mulakan sesuatu hari ini juga !!

Updating...
