Bisnes Mesti guna Sistem Autoresponder Berbayar ?
20th Dec 2008
Saya sekarang dah membeli sistem autoresponder berbayar dari Getresponse. Biar saya jelaskan kenapa penting sistem autoresponder berbayar kepada bisnes anda.
Ok jika anda serius dalam menjalankan bisnes tidak kira online produk fizikal atau digital, sistem follow-up adalah penting!. ini kerana dengannya kita akan dapat menghebahkan setiap berita tentang produk n perkhidmatan kita kepada pelanggan yang sah.
Dulu saya juga berbisnes tp guna yg free..last-last sy kena spam dgn spamhouse. Gara-gara email hebahan membabi buta ini saya juga ada dimarahi oleh pelanggan kerana hantar email yg sama lebih dari sekali.
Cerita bab dapat pelanggan mmg dapat jika pkai yg free..tp yg tak ok kita tak ada sistem yg automatik buat kerja utk follow-up. letih beb hari2 asingkan alamat email…
Semakin hari bisnes nampak statik. Itu cerita 3 tahun dulu. Sekarang saya bertekad mahu lebih profesional dalam melayan setiap pelanggan yang datang. Mereka berhak menentukan samaada kita serius atau tidak..
Apa puncanya? sayang sgt duit dan nak untung tanpa keluar modal… Tolonglah jgn jadi mcm ni..benda ini selalu kita lihat dekat peniaga Melayu (termasuk saya). Hanya selesa berniaga di ceruk2 kampung dan kaki lima. Alasan murah.
bak kata pepatah ” Kalau hendak Ikan besar , umpannya juga mesti sedap”
Fikir-fikirkanlah…dan mari kita tekad tahun baru ni aku nk buat sesuatu yang bermakna dalam hidup yg sementara ini.

Updating...
