Teknologi Percetakkan Kami Di Media Cetak
6th Mar 2009
Saya ingin tegaskan bahawa saya telah melakukannya… Ya! tidak rugi jika setahun dulu saya memilih produk cetakkan ini sebagai salah satu sumber pendapatan sampingan saya. Kini kami telah berpeluang muncul diMedia Cetak dan selepas ini kami akan muncul dalam satu rancangan televisyen terbitan RTM..tahle saya pun tak tau apa. Tetapi rancangan didalam bahasa inggeris..
OK saya nk kepilkan kejayaan teknologi ini dalam menghasilkan sesuatu yg diluar jangkaan kita.
Saya yakin anda juga ada idea yang lebih baik dari saya.
Ya kami di rahsiacetak.com amat bebesar hati kerana di beri kesempatan ini untuk liputan produk hasil teknologi cetakkan dakel ini di suratkhabar Kosmo 5/3/09 khamis.
So sesiapa yg berminat dengan bengkel yg saya adakan face to face sebelum saya lancarkan sepenuhnya boleh hubungi saya untuk tarikh temujanji.
Teknologi cetakan dakel
Tetris Glass merupakan satu produk unik yang membolehkan pasangan memaparkan cerita di sebalik perkahwinan mereka menerusi karikatur.

JIKA dahulu, seandainya anda menghadiri sesuatu majlis perkahwinan, buah tangan yang pasti diterima ialah bunga telur untuk orang dewasa dan sekotak kecil gula-gula untuk kanak-kanak.
Dua perkara itu ialah satu perkara wajib yang perlu ada dalam majlis tersebut. Tetapi, seiring dengan peredaran zaman yang semakin canggih, bakal pengantin kini mempunyai pelbagai variasi cenderamata yang boleh disediakan untuk dibawa pulang oleh tetamu.
Terbaru, produk Tetris Glass (TG) dikeluarkan oleh syarikat Studio Hijau untuk memberi pilihan kepada bakal raja sehari dalam memilih buah tangan untuk tetamu.
Dengan bentuknya yang comel dan mempunyai empat sisi, TG ialah satu produk yang unik dan istimewa di mana pasangan boleh memaparkan cerita di sebalik perkahwinan mereka. Contohnya saat ketika bertemu, berpacaran, bertunang dan berkahwin ataupun berbulan madu.
Dengan bertemakan Story in One Love, produk Tetris Glass keluaran Studio Hijau semakin mendapat tempat di hati pelanggan dan masyarakat.
Menurut Pengarah Studio Hijau, Mohd. Nadzri Surani, idea untuk menghasilkan produk itu datang daripada pelanggannya yang mahukan kelainan bagi majlis perkahwinan mereka pada akhir tahun 2008. Bagi merealisasikan kehendak dan impian mereka, maka lahirlah produk Tetris Glass yang mula dipasarkan pada awal tahun ini.

“Idea ini muncul apabila saya melihat kekurangan produk perkahwinan yang lebih bersifat individu atau personal yang mana penerima cenderamata itu akan lebih menghargai hadiah yang diberikan berbanding cenderamata biasa seperti bunga telur dan sebagainya.
“Jika pada tahun 2008, kami memasarkan produk Mini Kugee Gift di mana gambar pengantin dicetak pada produk porselin mengikut tema warna majlis, kini pelanggan boleh mendapatkan Tetris Glass yang menukarkan wajah dalam bentuk karikatur hitam dan putih.
“Saya bertuah kerana mempunyai rakan kongsi yang merupakan pelukis profesional atau lebih dikenali sebagai A.D. Beliau ialah pelukis sepenuh masa di Pasar Seni, Kuala Lumpur. Justeru, setiap sentuhannya pasti akan memberi keunikan untuk produk ini,” jelas Nazdri ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Tambahnya lagi, produk Tetris Glass menggunakan karikatur hitam putih sahaja kerana permukaan gelas yang lutsinar membolehkan gambar kartun itu menjadi lebih jelas.
Menggunakan teknologi cetakan dakel atau dikenali sebagai cetakan pindahan air, Tetris Glass mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya kerana kecomelan produk itu.

Saiz gelas mini yang digunakan ialah 2.3 inci x 2.0 inci. Gambar karikatur yang hendak digunakan pula boleh disesuaikan mengikut kehendak setiap pasangan.
Lebih menarik, gambar karikatur pasangan yang telah dilekatkan sukar untuk ditanggal kerana setelah siap, ia akan dipanaskan menggunakan ketuhar gelombang bersuhu tinggi dan kelihatan sama rata dengan gelas tersebut. Cuma, kelemahannya ialah ia tidak boleh direndam di dalam air terlalu lama.
Di samping itu, cetakan dakel ini juga boleh dilakukan di atas pelbagai bentuk barangan seperti permukaan kaca, kayu, plastik, besi, kulit dan sebagainya.
Sehingga kini, produk Tetris Glass telah terjual lebih daripada 1,000 unit selain Mini Kugee Gift yang mencatat jualan sebanyak 6,500 unit.
Tempahan minimum hanya 24 unit dan cenderamata istimewa itu boleh dihantar ke seluruh Malaysia melalui perkhidmatan Pos Laju atau syarikat kurier pantas yang lain. Malah, pihak pengeluar turut memberi jaminan. Sekiranya barangan pecah sewaktu penghantaran, ia akan ditukar dengan yang baru.

![]() |
|
|
Biasanya, setiap pasangan akan membuat tempahan dua bulan sebelum majlis perkahwinan mereka untuk memudahkan proses pembuatan produk tersebut.
Nadzri hanya menyiapkan tempahan produk itu dengan dibantu isteri, ibu bapa dan keluarganya.
Nadzri yang bertugas sebagai pereka di sebuah firma arkitek di ibu kota menjadikan aktiviti tersebut sebagai pendapatan sampingannya dan hanya menggunakan medium pemasaran Internet serta laman web dan sebuah mini galeri untuk kerja-kerja seninya. Ujar bapa kepada seorang cahaya mata itu, semuanya dilakukan kerana minat dan hobinya pada seni kreatif.
“Sebenarnya saya sendiri tak sangka produk ini mampu menarik hati pelanggan. Tetapi, saya bersyukur kerana apa yang dilakukan mendapat sambutan dan berharap dapat membesarkan perniagaan ini.
“Jika berjaya, tidak mustahil satu hari nanti saya akan berhenti kerja dan meneruskan perniagaan ini,” kata Nadzri yang turut mengadakan bengkel kepada sesiapa yang berminat dalam perniagaan itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk tersebut, sila layari laman web www.kugeeku.com.

Updating...

