Peristiwa Bengkel Kit RahsiaCetak 27/12/09 ini.
23rd Dec 2009
Insyallah jika di Izinkan Allah bengkel Kit RahsiaCetak Yang pertama secara berkumpulan akan diadakan pada 27/12/09 Ahad ini bersamaan 10 Muharram 1431hijrah.
Jika dalam kalendar Islam Tarikh ini di panggil Hari Asyura kerana banyak peristiwa terjadi pada tarikh ini .
Antara Peristiwa tersebut ialah;
- Penciptaan Nabi Adam AS.
- Bahtera Nabi Nuh Tersadai di atas Bukit Al-Judi.
- Allah SWT menyelamatkan Nabi Ibrahim AS daripada api yang membakarnya.
- Allah SWT melepaskan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS daripada Firaun dan Haman.
- Allah SWT membelah laut untuk nabi musa dan menenggelamkan Firaun beserta bala tenteranya.
- Allah SWT mengeluarkan Nabi Yunus AS daripada perut ikan nun setelah sekian lama ditelan ikan tersebut.
- Allah SWT mengeluarkan Nabi Yusof AS daripada telaga yang dalam.
- Allah SWT mengembalikan penglihatan Nabi Ya’qub AS.
- Allah SWT menganugerahkan kerajaan kepada Nabi Sulaiman AS.
- Allah SWT menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh Nabi Ayub AS.
- Allah SWT mengangkat Nabi Idris AS dan Nabi Isa AS ke langit.
Alhamdulillah amat besar Rahmat Allah ini. setiap sesuatu itu ada rahsianya untuk kita berfikir dan mempelajari Ilmunya yang telah di sebutkan sejelas-jelasnya di dalam Al-Quran & Hadis.
Ini semua secara kebetulan dan jika di perkenankan Allah Bengkel Kit RahsiaCetak V1 ini juga jatuh pada hari yang sama.
Hari ini kita di sunatkan untuk berpuasa..hehe…jadi bengkel takda makan..huhu!! kejam….hehe..
Adalah makan…., 4 kali lagi tu…bilik sembahyang pun ada disediakan…kira selesa jugak di JomTraining milik En Zaki ini…
Insyallah didalam bengkel ini saya akan buat sesantai mungkin seperti berada di Studio Hijau sebelum ini. Konsep masih sama cuma tempat je selesa sikit…jomtraining le katakan..popular tu…hehe (ayat jack Tn Zaki)
Peserta yang bermula dari tarikh ini di kira 2nd Batch , dan pastinya nanti mereka akan di perkenalkan dengan “Geng RC” yang Batch 1, utk bergabung minda meneroka bisnes percetakkan di masa depan.
Ok semoga semua berjalan lancar dan ditanya perasaan ini memang berdebar-debar utk menunggu tarikh 10 Muharram 1431h bersamaan 27/12/09 ini….almaklum sy ni pemalu orgnya…hehe…
Doakan usaha kecil ini untuk Impak yang besar dimasa hadapan demi Agama, Bangsa dan Negara Malaysia Tercinta!…Amin..
