Rahsia Filem Khurafat Syamsul Yusof Haslam

28th Jan 2011



“Entah kenapa tetiba hati ini ingin pergi menonton filem genge seram pertama arahan Syamsul Yusof  bertajuk Khurafat -perjanjian Syaitan yang sebelum ini dinobatkan sebagai pengarah terbaik Festival Filem Malaysia ke 23″

Ada satu kuasa yang memanggil untuk bakal penonton pergi menonton, dan saya cuba merumuskan antara rahsia yang membuatkan filem ini diminati dan menjadi. (Saya sebelum ini susah untuk percaya filem Melayu keluaran negara boleh menakutkan penonton, tergelak adalah..hehe )

Saya cuba rumuskan dengan ayat yang mudah difahami, dan berkaitan dengan perniagaan lain yang kita jalankan mesti menggunakan rahsia ini.

  1. “MENIRU” -- Syamsul Yusof(Pengarah) berjaya ‘meniru’ ilmu filem seram hasil keluaran negara luar, beliau memang teliti dalam mencedok resepi filem luar spt JuOn(betul ke ejaannye ni :p) . -- Saya masih ingat dulu masa zaman couple2 tgk filem JuOn ni…memang seram…antara watak hantu yang tak boleh lupa sampai sekarang ialah hantu merangkak..huhu…seram.. - RAHSIA Bisnesnya- Tambahkan ilmu berkaitan perniagaan apa yang anda ingin lakukan, cuba “Tiru” mereka yang telah berjaya melakukannya, dan “Tambah Nilai” kepada sesuatu hasil “Tiru” yang boleh menjadikan setanding. Kita tidak semestinya mencipta kalau tidak mampu, tetapi perlu ada Inovatif  & Kreatif. “Tiru”tokoh-tokoh yang dah berjaya.
  2. “PROMOSI PERCUMA” - Syamsul Yusof telah cuba 100% untuk menghasilkan produk yang semaksimum bagus dan mewujudkan elemen “Suprise” dan membuatkan sesuatu di luar jangkaan fikiran penonton, dimana penonton tidak dapat baca keseluruhan jalan cerita. RAHSIA Bisnes - Dengan cara ini penonton/pelanggan akan dengan percumanya memberitahu(Promosi Mulut ke Mulut) berkaitan produk bagus tersebut. Ya! jelas di sini produk mesti bagus dahulu barulah promosi percuma akan datang. Anda bandingkan dengan filem 2 Alam Dr Rozmie yang menggunakan teknik “Promosi BOOM, Produk Hampeh”, jadi modal yang dikeluarkan menjadi terlalu tinggi. Jesteru itu, cuba peniaga fokus kepada produk & kualiti yang terbaik dahulu, kerana itu yang akan memastikan jatuh bangun perniagaan kita.
  3. “TIDAK PUTUS SEMANGAT” - Masa Syamsul Yusof di nobatkan sebagai Pengarah Terbaik, dengarnya ramai juga yang tak puashati…hehe(termasuk saya kot…sebab awalnya saya lihat “Budak Mentah” ini macam giler Glamour je…semua nak jadi hero malaya…tetapi bila fikir balik dia pengarah, dia punya sukalah…hehe- masa zaman P.Ramlee dulu pun samakan? ) . Ternyata cakap -cakap dengki mereka yang mengatakan tidak layak bakal terhenti dengan satu karya produk yang Boom !. Memang kental semangat budak mentah ini. RAHSIA bisnes - Lakukanlah apa sahaja perniagaan dengan cekal, kerana lumrah perniagaan ada turun naiknya. Hati kena ‘Kering’. Teruskan mencuba hingga berjaya.

Niat tersirat : Sebab menulis artikel ini ialah kerana Filem Khurafat antara 10 carian popular di Google minggu ini.  Harap ada ‘Trafik Free’ sedang membaca artikel /tip rahsia ini. Sila komen dan kalau rasa ianya berbaloi untuk dikongsikan, bolehlah kongsikan tetapi dilarang ubah-ubah bahasa rojak saya ni k…:)

——--> Klik sahaja butang di bawah ayat  ini(Bookmark Artikel & kongsi:)  untuk kongsi di FB , Twitter dll.

Sekian

Nadzri Surani

www.rahsiacetak.com-Ilmu Bisnes Mencetak Pelbagai Produk

www.kugeeku.com- Perkhidmatan mencetak Cenderahati & Cenderamata Majlis Perkahwinan & Korporat.

Hakcipta Terpelihara StudiOHijau.com 2011

Bookmark Artikel & kongsi:
  • Facebook
  • Twitter
  • RSS
  • Google Bookmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Add to favorites
Share This Post
LoadingUpdating...

No Comments


Bisnes jadi mudah jika guna