Gabungan Sulong ‘Geng RC’ Di Expo Kahwin KL 2011
3rd Mar 2011
Inilah harapan kami dan objektif kerja berpasukan yang kami cuba tonjolkan didalam menyaingi pasaran yang semakin berkembang pesat !.
Alhamdulillah, Geng RC buat pertama kalinya akan bergabung dibawah satu jenama iaitu ‘ Rahsia Cetak’ , dimana fungsinya seperti berikut.
- Berkongsi Modal untuk menyertai pameran -pameran yang diadakan berkaitan dengan niche ‘cenderahati perkahwinan’.
- Target Sale tahunan yang lebih besar
- Bertanggungjawab sebagai perintis industri percetakan IKS bangsa dimasa hadapan.
- Dapat mengagih-agihkan keuntungan secara bersama.
- Sistem Back-up akan terlaksana.
- apabila tempahan semakin besar, maka secara tidak langsung akan dapat bergabung modal dan masa untuk mendapatkan bahan mentah secara pukal dan lebih murah secara terus.
Bagi edisi kali ini , hanya 3 ‘Geng RC’ yang berkesempatan terlibat iaitu
- Dr Arif dari Geng 3R Studio
- En Afdhal dari Geng Akamika
- En Nadzri dari Geng Kugeeku
Kami di rahsiacetak amat mengalu-alukan penyertaan semua Geng dimasa hadapan demi mewujudkan pasaran yang semakin menarik.
Jumpa di Pameran Sulong Rahsia Cetak di Expo Kahwin KL ;
Tempat : Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju
Tarikh : 4-6 Mac 2011
Masa : 10pg – 10mlm
Masuk adalah percuma . jumpa di sana ! tq

Updating...

